Friday, 24 February 2012

Pokok Maman dan Rendang Ayam Pencen Maman.


Assalamualaikum. Semoga hari ini dan hari2 mendatang sentiasa megundang kebahagian buat anda dan seisi keluarga. Catatan kali ini , saya nak share dengan kalian tentang khasiat Daun Maman dan resepi rendang Ayam Daun Maman. Kalau kalian belum pernah rasa..Apa kata cuba resepi di bawah nie..di jamin pasti menjadi dan enak se..sanggat wei !!.....Lom Cuba Lom Tahu kan!!!   

Rendang Ayam Daun Maman
Pokok Maman 
 
Pokok Maman adalah sejenis pokok herba yang banyak khasiat nya. Cleome Gynandra adalah nama sainsnya. Pokok mudah di dapati di Negeri Sembilan di daerah Gemencheh dan Gemas. Satu ketika dahulu arwah mama pernah bertugas di Klinik Pergigian Gemas N.Sembilan dan aku pertama kali merasa Rendang ayam kampung Maman. Fuyoooo!!!! Memang best gilers....! Pokok Maman boleh tumbuh hingga 1 meter ketinggiannya dan rantingnya mempunyai bulu2 halus. Daun maman mempunyai 5 helai dan membentuk satu (Seperti daun ubi kayu). Bagi masyarakat daerah Tampin, Gemencheh dan Gemas N.Sembilan, Maman merupakan sayuran yang dimasak bersama daging, ayam atau ikan bilis dan di jadikan Rendang. Satu kemestian bila perayan Hari Raya , Rendang maman kan di hidang kepada tetamu dan di makan bersama ketupat atau lemang. Daun Maman nie mempuyai rasa yang sedikit pahit. Tetapi jika pakar memasaknya..Rasa pahit akan hilang dan sedap pula. Masyarakat Melayu Gemencheh gemar membuat jeruk daun maman untuk menghilangkan rasa pahit nya. Tapi bak kata orang tua2..PAHIT ITU UBAT... mungkin benar juga...! 
      
Khasiat daun maman boleh menghilangkan rasa sakit belakang pinggang dengan cara dihancurkan dan di gosok pada bahagian yang sakit. Kalau kulit mengalami gatal2 dan sakit kepala, ramas daun maman dan sapu kan pada bahagian kepala dan kulit yang gatal2. Air rebusan daun maman di katakan dapat menghilangkan batuk dan mencairkan kahak. Air rebusan maman juga di minum untuk melawaskan penghadaman dan penawar penyakit hati dan hempedu.

Dan jika anda begitu obses mendapat kan kulit yang cantik, air rebusan akar maman boleh memelihara kulit yang kekurangan vitamin C.    

Ha..nie nak share resepi Rendang ayam pencen daun maman. Aku tinggal di Melaka Bandaraya Bersejarah. Di Melaka kalau nak cari daun Maman ada di jual di Pasar Besar Melaka Sentral. Pergi cari kat gerai sayuran kampung NO 24 di bahagian depan . Ada seorang peniga sayur Kampung namanya Pn Salmah Bt Md Nor (orang Alai Melaka) ha...kat sini lah terdapat daun maman. Hanya gerai Pn Salmah yang senag dapat daun Maman dan menurut anak nya En Iskandar, pembekal sayur-sayuran kampung untuk jualan di gerai emaknya memang datang dari N.Sembilan. (Terima Kasih Pn Salmah kerana memenuhi keinginan yang memuncak menjamu selera dengan rendang maman) 

Bahan2 Di blender hingga lumat:

15 Biji cili padi kampung
Kunyit Hidup sebesar ibu jari.
Halia sebesar ibu jari
Bawang putih 4 biji
Bawang kecil 7 biji
Serai 3 batang

Ayam Pencen atau Ayam Kampung 1 ekor (dibersihkan dan di tos airnya)
2 biji Santan Kelapa pekat.
2 cekak daun maman (Dibasuh bersih dan di toskan)
2 sudu besar kerisek kelapa.
Asam keping ( 5 Keping)
Garam dan perasa secukupnya.


 Cara memasaknya.
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah di blender hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam yang telah di toskan. Biarkan seketika hingga isi ayam agak kecut.

2. Bila daging ayam agak kecut, masukkan santan. Biar tenggelam semua isi ayam dengan santan pekat. Reneh dengan api yang perlahan, kerana nak dapatkan isi ayam yang empuk dan tidak liat bila di makan. Emm..nama pun ayam pencen..


3. Bila dah agak kerin sedikit, barulah dimasukkan bahan perasa , daun maman dan asam keping. Biar kan daun maman kecut sendiri dan di gaul rata. Jgn terlalu mengaul dan mengacau rendang bila daun maman dah di masukkan. Nanti daun maman akan menjadi pahit dan rendang juga akan terasa pahit.

4. Seterusnya barulah di masukkan kerisek kelapa..wow..nie yang buat rendang berbau wangi dan sedap.. Masanie dah boleh kacau lebih kerap sedikit.. Pasti kan api masih kecil dan reneh lah rendang nie sampai agak kering.
Ha...nie lah hidangan Rendang Ayam Pencen daun maman yang telaha siap...Yum..Yumm.. sedap di makan dengan nasi panaz...!!!! Kalau tak nak pakai ayam pencen, anda boleh juga guna kan ayam kampung... Tapi kalau guna ayam daging..pastikan ayam daging yang hampir empuk tu di keluarkan dahulu dari kuali dan di masukkan semula bila rendang sudah mula kering. Nie nak elak kan isi ayam menjadi hancur.  
Selamat Mencuba Resepi ini dan "Sharing is Caring"...:)




Sunday, 26 June 2011




Nak share dengan semua tentang kuih talam keladi nie..sebenar nya kuih nie popular di kalangan orang2 cina ketika breakfast dan tea time.. memang agak susah nak buat...tapi "practise make perfect"..kalau dah cua buat..pasti menjilat sudu di buatnya.....
  
Yam Cake (You Tou Gao) / Talam Keladi Berlauk.

Bahan A
Keladi di potong kiub 100 gm
Keladi di lecek 150gm

Bahan B
5 ulas bawang kecil di mayang dan di jadi kan bawang goreng

Bahan C
3 sudu minyak masak
Udang kering 10 gm (ditumbuk)
Isi Udang 200gm (di cincang)
4 tangkai Daun Bawang (di mayang)
2 biji cili merah di hiris.
2 ulas bawang putih. (dicincang halus)
Garam secukup rasa.
1 sudu Gula pasir
Sedikit lada sulah

Bahan D
Tepung Beras 300gm
Tepung  Kanji Gandum (Wheat Starch) 100gm
Santan kelapa 1 liter.

1. Keladi di rebus ( Dipotong Kiub) dan 150gm di lecek dan ketepikan.
2. Sediakan bahan B.
3. Untuk sediakan bahan C, Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang   
    putih hingga  garing dan masuk kan isi udang. Kemudian masukkan udang         
    kering, dan goreng hingga agak garing dan masukakan daun bawang dan
    cili merah. Seterusnya masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.    
    Ketepikan
4. Sediakan bahan D. Campurkan semua bahan dan kacaukan di atas api yang
    sederhana hingga agak pekat. Satukan adunan tepung ini dengan Bahan C.
5. Laserkan loyang dengan minyak masak dan tuangkan aduan. Kukus selama
    30 minit. Bila telah masak, taburkan lebihan lauk (jika ada) dan hirisan
    daun bawang , cili merah dan bawang goreng di atas nya.
* Biar kuih ini sejuk dan baru lah dipotong. Makan bersama sos cili.

Selamat mencuba semua...Insyaalah..kalau di buat dengan Hati yang iklas dan penuh kasih sayang.. pasti menjadi...




Life is about Sharing... ( Kehidupan ini di kongsi bersama)

Salam Buat Semua.

Aku amat suka tentang kehidupan yang harus di kongsi bersama. Apa sahaja yang kita kecapi di dunia ini, seharusnya kita kongsikan bersama. Mungkin bersama orang-orang tersayang, teman-teman dan juga sesiapa yang kita rasa mendatangkan " Kedamaian dan Bahagia" dalam jiwa kita.....